Followers

Monday, June 04, 2012

Perghhh Its Perth! Part 5: Cape Leeuwin, Augusta

Assalamualaikum!!! 

[ Sambung dari SINI ]

Hari ketiga merupakan hari terakhir kami berkembara penuh di bumi Western Australia. Tak sempat la nak cover semua sebab aku cuti pun sekejap je. Selepas gigih memandu berjam-jam semalam dan singgah menyaksikan sunset di Lake Clifton, kami melalui pekan Margaret River dan akhirnya sampai ke Augusta pada jam 9.30 malam.

Kami terus menuju ke Clovelly Holiday Unit, Augusta. Senang je nak cari motel ni sebab ia terletak betul-betul di tepi jalan di pekan Augusta. Seperti semalam, memang owner motel dah tido, tapi setelah menekan loceng di pintu, maka muncullah seorang pakcik tua di muka pintu, umur dalam lingkungan 60an kot. Dengan wajah risau siap tanya kami sesat kemana. Aku pon menjelaskan apa yang berlaku. Pakcik tu kata dia taknak lama-lama uruskan kami malam tu sebab cuaca sejuk dan kesiankan kami yang baru sampai. Selesai ambil kunci dan buat bayaran, dia térus bawak kami ke dua buah rumah yang disewa. Setiap rumah ada 3 katil, sebuah bilik air, ruang tamu dan dapur. Memang selesa habis! Kami sempat masak-masak malam tu (masak megi dan makanan-makanan segera lain yang dibeli di kedai sebelum tu).

Keadaan dalam rumah...(cewah rumah tuuuu)
Keadaan luar rumah...masa ni pukul 6.30 pagi.
Ada 5 Unit rumah disediakan.
Jalan masuk ke kawasan rumah.
Bersarapan dulu....
Clovelly Holiday Unit, Augusta.
Via website: totalwebsites.com.au
Via email: Helen & Richard McKenzie ( clovellyunits@westnet.com.au)

Contact melalui emel lebih senang dan duit sewa boleh dibayar upon arrival.

Keadaan sekeliling Clovelly Holiday Unit
Banyak pokok bunga menarik ditanam


Dah setel mandi dan makan, aku pon terus lena, takde dah nak tengok-tengok TV bagai. Penat walaupun tak drive hehehe.  Esok kami nak gerak awal ke Cape Leeuwin Lighthouse. Satu lagi tempat idaman yang wajib dipergi.

Kami bergerak bersiap-siap awal pagi tu, pukul 6.30 pagi dah ready nak gerak ke Cape Leeuwin Lighthouse walhal tempat tu bukak pukul 9.00 pagi! hahaha. Punya la semangat, jadi kami tak melepaskan peluang menembak-nembak di sekitar motel dulu. Pakcik penjaga motel tu pon dah keluar bawak anjing dia jalan-jalan pagi tu, sempat dia wish good morning kat kami.

Singgah tepi jalan kejap, posing. Masa ni tiba-tiba hujan makin lebat!!!

Dah puas ambik gambar sekitar motel maka kami pon bertolak ke Cape Leeuwin. Perjalanan ke Cape Leeuwin dari motel mengambil masa 15 minit sahaja...tapi malangnya pagi tu hujan!!!! Adoi pasrah, hujan agak lebat sewaktu perjalanan, alhamdulillah masa kami sampai ke Cape Leeuwin hujan dah berhenti tapi keadaan mendung. Betul kata Haji Yon, hari Ahad hujan.  Bertabah je la tengok keadaan yang gloomy, tak seperti hari-hari sebelumnya yang terang, cerah dan langit biru!

Depan pintu masuk.
Waktu khidmat jurupandu dipaparkan.
Pemandangan di luar kawasan lighthouse

Sampai sana, masih ada satu jam sebelum pukul 9.00 pagi, jadi kami pun berlegar-legar ambik gambar di luar kawasan. Ada jugak beberapa orang pengunjung yang baru sampai dan turun ke kawasan bawah pantai untuk camping! Best giler, siap bawak khemah bagai.


Dalam bangunan kat belakang tu tempat beli tiket, musium dan cafe.

Tepat pukul 9.00 pagi kami pon masuk, sebab pintu dah bukak. Masuk ke dalam rumah tiket, di mana terdapat small museum kat dalam tu menerangkan sejarah rumah api ni. Ada jugak kedai jual souvenir dan ada cafe untuk sarapan pagi. Tiket masuk ke kawasan Cape Leeuwin Lighthouse ni ada dua kategori iaitu:-

Guided Lighthouse Daily :


AUD 17 for Adult
AUD 7 for Children (4-16 tahun)


Admission To Grounds:


AUD 5 for Adult
AUD 3 for Children (4-16 tahun)

Kami hanya amik tiket AUD 5 tu je sebab rasanya tak mampu nak bayau sampai AUD17 nak manjat atas lighthouse tu huhuhu. Miskin.

Keadaan dalam bangunan utama
Mini Muzium
Rumah-rumah pekerja...antara yang terawal dibina.
Posing ala-ala dalam citer Twilight. (Feling macam Vampire hahaha)


So kami ada 2 jam untuk teroka kawasan tu, takda la luas mana . Dua jam sebab banyak lagi tempat kami nak pergi lepas ni. Memamng menarik jugak la kawasan rumah api ni dan yang penting kita boleh lihat pertembungan di antara Indian Ocean dan Southern Ocean! menarik tau!.

NOTA: The first known ship to have visited the area is the Leeuwin ("Lioness"), a Dutch vessel that charted some of the nearby coastline in 1622. The log of the Leeuwin has been lost, so very little is known of the voyage. However, the land discovered by the Leeuwin was recorded on a 1627 map by Hessel Gerritsz: Caert van't Landt van d'Eendracht ("Chart of the Land of Eendracht"), which appears to show the coast between present-day Hamelin Bay and Point D’Entrecasteaux. Cape Leeuwin itself cannot be recognised. Other European vessels passed by for the next two centuries, including the Dutch 't Gulden Zeepaert, commanded by François Thijssen, in 1627 and the French Gros Venture, under Louis Aleno de St Aloüarn, in 1772. The first known sighting of the cape was by Bruni d'Entrecasteaux in 1791. d'Entrecasteaux thought the cape was an island, and named it "Isle St Allouarn" ("St Allouarn Island"), in honour of Captain de St Aloüarn. Ten years later, Matthew Flinders began his survey of the South coast of New Holland from Cape Leeuwin in 1801 and named it. Flinders landed in the bay to the east of Cape Leeuwin, today’s Flinders Bay. Flinders was aware that the area had been known to the Dutch as "Leeuwin's Land".- google
Alhamdulillah tak lama kami kat situ akhirnya matahari muncul semula! Syukur. Oklah, jom layan gambar je lah. Nanti aku sambung lagi last day di WA ni.

Beli cookies AUD 3.50. Jadilah buat breakfast lagi..lapar tau!
 
WASSALAM.

Sunday, June 03, 2012

Indian Women: From The Incredible India's Journey

Assalammualaikum!!!

When I was in India, I saw them... 

Gigih, pasrah, pasif, dan pemalu. In all different perspectives, they are bonded to the tradition and culture. 

This is the 'Indian Women Edition...'


Gambar ini diambil di stesen MRT New Delhi, sebelum gambar-gambar lain dipaksa 'delete' oleh polis. Sedih je aku tengok muka budak ni.

Tuk-tuk, the most popular ride in India. Kadangkala sebuah tuk-tuk boleh memuatkan sehingga sepuluh orang penumpang di dalamnya. Walaupun sesak tapi diorang seronok! :)
Entah nak ke manalah diorang ni kan...Maybe pelajar-pelajar universiti yang nak balik ke kampung halaman. India memang ramai dengan para intelektual, tapi malangnya bukan semua dikalangan mereka yang boleh bekerja.
Tahi lembu, dikumpul. Tak tahulah apa diorang buat dengan tahi lembu kering ni.
Walau bagaimanapun cara hidup mereka, mereka masih mampu tersenyum.

Teringat kisah sewaktu di Jaipur, ketika kami diajak untuk makan malam di rumah pemandu tuk-tuk kami iaitu Bhaijan. Bhaijan asyik bercerita perihal keluarganya, anak perempuan tunggalnya Aisyah dan juga adik beradiknya yang kebanyakannya wanita. Masa kami sampai di rumah Bhaijan, isterinya sedang sibuk memasak di dapur manakala adik-beradik perempuannya yang lain langsung tak nampak muka. Agaknya memang budaya dorang macam tu kot? Pemalu? Akhirnya sampai ke sudah kami tak dapat jumpa isteri Bhaijan. Nasib baik ibu Bhaijan keluar untuk beborak bersama-sama kami. 

Bersyukurlah, di Malaysia kita tak perlu berada dalam keadaan seperti mereka. Alhamdulillah.

WASSALAM.

Monday, May 28, 2012

Perghhh Its Perth! Part 4: Lancelin (Sandboarding) And Lake Clifton (The Thrombolites)

Assalamualaikum!!!!

[ Sambungan dari SINI ]

Ok lepas dah puas bergambar dan menghayati sunrise di Pinnacles Desert, kami pun meneruskan perjalanan ke Lancelin, yang terletak lebih kurang 89.5km dari Pinnacles Desert. Perjalanan merentasi Indian Ocean Drive mengambil masa lebih kurang 1 jam. Memang agak bosan pemandangan sepanjang perjalanan tapi kadang-kadang nam[ak jugak pemandangan yang mengasyikkan, apa lagi berhenti la ambik gambar hehehe.


Kami hanya dapat melihat kincir angin di Emu Wind Farm dari jauh je sebab dah tak sanggup nak lalu balik jalan semalam untuk ke sana, agak jauh sebenarnya. Kami melalui pekan Gingin lebih kurang jam 12 tengahari. Sempat lagi singgah di sebuah supermarket untuk beli roti dan makanan-makanan lain sebagai lunch kami. Dah habis shopping barang-barang makanan, kami terus mencari kedai untuk menyewa sandboard, katanya kat kedai Lucky Seven (7) ada menyediakan sandboard untuk disewa. Kedai Lucky 7 ni senang je nak cari, terletak di tepi jalan menghala ke Lancelin, tempat sandboarding dan pelbagai aktiviti lasak yang lain. pekerja kedai meminta kami membayar deposit untuk menyewa sandboard sebanyak AUD50 dan AUD10 untuk sewa sebuah papan sandboard. Duit AUD50 tu akan dipulangkan semula selepas sandboard dipulangkan. Tempoh masa sewaan adalah selama 2 jam. Bagi aku, sewa satu papan dah cukup sebab boleh gilir-gilir main luncur pasir tu, setakat nak mencuba je pon kan, bukan untuk pertandingan hehehe.


Pengalaman meluncur pasir memang best! Mula-mula tu ingat luncuran akan laju berdesup ke bawah, rupa-rupanya dia jalan slow je mengikut kehalusan pasir! Best giler! HAHAHA. Kat Lancelin ni macam-macam pe'el jugak keluar dan yang paling penting kami jumpa lagi Pak Arab dan konco-konconya kat situ...huh mengikut rupanya diorang tu.


 


Ok habis kisah kat Lancelin, kami meneruskan perjalanan menuju ke selatan Perth pulak, titik fokus adalah ke Augusta yang terletak 436 km di WA. Ha hambek ko pukul berapa la nak sampai kan, kami bertolak pukul 1.30 petang. Perjalanan merentasi Perth City melalui Old Coast Road dan kami dapat lihat kawasan perkampungan di kiri dan kanan jalan. Sempat jugak kami singgah di supermarket Coles yang katanya ada jual coklat murah, aku taktau le puka, diorang yang cakap. So kami singgah le kejap kat pasaraya tu untuk tengok apa yang patut. Haah la memang coklat kat situ murah! 


Dari pasaraya Coles, kami meneruskan perjalanan yang masih berbaki 3 jam. Sebenarnya total perjalanan dari Lancelin ke Augusta akan mengambil masa 5jam 30 minit. Di tengah perjalanan kami singgah di Lake Clifton untuk melihat Thrombolites yang sangat unik. Aku pernah terbaca pasal thrombolites ni yang merupakan batuan-batuan hidup di pinggir tasik, memang unik giler dan tempatnya terletak sangat dalam dari jalan besar.Kawasan thrombolites ni berada di dalam Yalgorup National Park.


NOTA: Thrombolites are clotted accretionary structures formed in shallow water by the trapping, binding, and cementation of sedimentary grains by biofilms of microorganisms, especially cyanobacteria (commonly known as blue-green algae). Stromatolites are similar but consist of layered accretions.
Kat kawasan ni ada satu walkaway yang merentasi kawasan thrombolites untuk memudahkan pengunjung menyaksikan sendiri fenomena tersebut dengan lebih dekat! Paling best, kami berada pada masa yang betul sebab kami dapat menyaksikan sunset paling indah di Lake Clifton! Subhanallah memang cantik giler pemandangan petang tu, dan suhu pon dah menurun tak tau berapa darjah Celsius sebab sangat sejuk. kami lepak kat situ sampai keadaan bertambah gelap. Takut jugak duduk situ lama-lama sebab orang pon dah tak ramai dan dalam hutan pulak tu, kami meneruskan perjalanan menuju ke Augusta dalam kelam malam.


Perjalanan ke Augusta masih berbaki lebih kurang 2 jam. Hadoi lamanya, tapi demi menerjah kawasan-kawasan cantik, kami sanggup! Malam ni kami akan bermalam di Clovelly Holiday Unit, Augusta. Owner chalet tu dah sedia menunggu kami yang tak kunjung tiba hehehe bertabahlah.

Ok nanti aku sambung kisah di Augusta pulak ya. Tunggu....

WASSALAM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...